Tuesday, October 20, 2009

RUMAH TERBUKA JPS SELANGOR

Majlis Rumah terbuka telah berlangsung dengan suasana meriah di mana lebih kurang 300 orang kakitangan jps negeri dan daerah bersama keluarga masing-masing telah memeriahkan majlis yang julung kali diadakan yang menghimpunkan kakitangan dan keluarga masing2 bersama tuan pengarah dan timbalan pengarah operasi.
Majlis dianjurkan secara bersama antara Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial dengan pejabat pentadbiran Jps sendiri.
Majlis dimulakan sejurus selepas kedatangan tuan pengarah diiringi oleh tuan timbalan pengarah tepat jam 8.45 mlm. Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis pada malam itu iaitu En. Kamarudin Wang dari BPM dan doa oleh tuan haji Ibrahim dari Kej Sungai seterusnya ucapan pengarah. Sebaik ucapan pengarah selesai para hadiri serta tuan pengarah telah dikejutkan dengan perarakan masuk oleh Cik Saimah dan En. Azrin yang membawa troli membawa Kek harijadi yang dihadiahkan untuk Tuan Pengarah yang menyambut harijadi beliau yang ke -53 tahun. Serentak dengan itu juga pengacara meminta tuan pengarah dan isteri memotong kek tersebut diiringi dengan nyanyian Selamat Harijadi dari hadirin yang hadir.
Majlis diteruskan dengan upacara yang ditunggu2 iaitu jamuan makan. Antara menunya ialah satay, nasi impit berserta lemang dan rendang, nasi beriani,buah-buahan, mee kari dan assesorinya, cendol dan yang paling laris....2 ekor kambing panggang yang di taja oleh JPS Klang. Tq Jps Klang next time buat lagi bagaimana dengan daerah lain tak teruja kena nak seponser ape2...next time kita buat sambutan rumah terbuka perdana di mana setiap daerah siapkan resepi masing2 dan digabungan dalam satu majlis... dan buat di stadium (ini cadangan sahaja). Majlis di tamatkan lebih kurang jam 11.00 mlm dan mana yang masih ada masing2 pun tapaulah ape lagi....Tanks 2 Ad-hoc comittee yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan majlis ini. dan kakitangan yang membantu......

No comments:

Post a Comment