Thursday, August 27, 2009

Trekking Sg. Chilling




Pada 15 Ogos 2009 yang lalu. Seramai lebih kurang 18 orang ahli kelab Sukan Dan Sosial JPS Shah Alam telah mengikuti aktiviti trekking untuk julung kalinya pada tahun ini.Lokasi trekking adalah di Sg. Chilling, Hulu Selangor.
Peserta berkumpul di BPM jam 7.30 pagi dan mula bergerak tepat jam 8.00 pagi , singgah untuk minum pagi di R&R Rawang dan tiba di lokasi jam 10.30 am.
Peserta di beri sedikit taklimat ringkas oleh moderator yang mengetuai trekking ini. Makanan sarapan dan makan tengahari diagihkan kepada semua peserta untuk dibawa sendiri. Doa dibaca sebelum memulakan perjalanan masuk ke kaunter pendaftaran LKIM.
Setelah pendaftaran dibuat , peserta memulakan trekking tepat jam 11.00am
Setengah jam trekking, sebahagian peserta yang tidak pernah trekking mula mengeluh kepenatan dan bertanya' bila sampai ' jauh lagi ke....dan lain2.
Bagi yang dah biasa diam ... layan perasaan masing2.
Trekking ini menyusuri tebing Sg. Chilling sejauh lebih kurang 3 Km sehingga sampai ke Air Terjun Sg. chilling yang dijangka memakan masa lebih kurang 2 jam berjalan dengan melintas Sg. chilling sebanyak 5 kali sehingga tiba kawasan air terjun yang mempunyai santuary ikan sungai yang paling sedap iaitu Kelah. Walau bagaimanapun kami hanya dapat tengok saja maklumlah papan notis amaran terpacak di situ memberi amaran kepada sesiapa yang menangkap ikan akan didenda sebanyak RM10.000 .
Setelah 1 jam 30 minit berjalan sampailah ketempat dituju..Air Terjun Sg. Chilling..
Ramai pulak orang.. maklumlah hujung minggu. Sebaik sampai masing-masing cari port untuk mandi...dan ada jugak yang dah menyuap...maklumlah dah tengahari. Tepat jam 2.00 pm seperti yang dijanjikan, masing-masing berkemas untuk bergerak keluar semula ke camp site LKIM untuk membersihkan diri dan seterusnya daftar keluar.
Kali ini perjalanan balik memakan masa hanya lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja kerana masing-masing dah tak sabar nak balik.
Selepas membersihkan diri di Camp site LKIM. Perjalanan balik diteruskan
tepat jam 3.45 pm. Perjalanan senyap sunyi kerana masing-masing terlelap kepenatan.
Jam 5.30pm bas tiba di BPM dan semua bersurai.( Harap semua berpuashati dengan projek sulung ini dan tunggu.. untuk projek seterusnya selepas hari raya nanti...)