Monday, March 5, 2012

Friday, February 19, 2010


Explorasi Sg. Pisang

Explorasi Sg. Pisang yang telah dirancang pada November 2009 yang lalu dan telah ditunda kerana masalah cuaca akhirnya telah ditetapkan tarikh dan masa yang baru iaitu pada 20 Febuari 2010 bersamaan hari Sabtu ini. Dijangkakan seramai 30 orang ahli kelab dan bukan ahli yang terdiri daripada student praktikal dijangka akan mengambil bahagian. Explorasi ini akan diketuai oleh En. Yusren selaku ketua biro sosial. Moderator mohon maaf kerana tidak dapat menyertai explorasi ini kerana ada urusan keluarga. Semoga ahli yang menyertai explorasi ini gembira dan ceria dan yang penting hayatilah keindahan alam ciptaan Allah dan cintailah dan peliharalah ia untuk generasi akan datang. Sekian selamat beriadah.....

Wednesday, October 28, 2009

Explorasi Sg. Pisang


Explorasi Sg. Pisang akan di adakan seperti berikut:-
Tempat : Sg. Pisang, Ulu Gombak.
Tarikh : 30 Oktober 2009
Masa : 9.00 hingga 3 petang.
Tempat Berkumpul : Di BPM
Jam : 8.30 am
Penyertaan : Terbuka kepada ahli dan bukan ahli kelab.
Pengangkutan : Disediakan untuk ahli sahaja.
Berminat Hubungi:-
En. Yusren ( saliran bandar)

Tuesday, October 20, 2009

RUMAH TERBUKA JPS SELANGOR

Majlis Rumah terbuka telah berlangsung dengan suasana meriah di mana lebih kurang 300 orang kakitangan jps negeri dan daerah bersama keluarga masing-masing telah memeriahkan majlis yang julung kali diadakan yang menghimpunkan kakitangan dan keluarga masing2 bersama tuan pengarah dan timbalan pengarah operasi.
Majlis dianjurkan secara bersama antara Kelab Sukan Kebajikan dan Sosial dengan pejabat pentadbiran Jps sendiri.
Majlis dimulakan sejurus selepas kedatangan tuan pengarah diiringi oleh tuan timbalan pengarah tepat jam 8.45 mlm. Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis pada malam itu iaitu En. Kamarudin Wang dari BPM dan doa oleh tuan haji Ibrahim dari Kej Sungai seterusnya ucapan pengarah. Sebaik ucapan pengarah selesai para hadiri serta tuan pengarah telah dikejutkan dengan perarakan masuk oleh Cik Saimah dan En. Azrin yang membawa troli membawa Kek harijadi yang dihadiahkan untuk Tuan Pengarah yang menyambut harijadi beliau yang ke -53 tahun. Serentak dengan itu juga pengacara meminta tuan pengarah dan isteri memotong kek tersebut diiringi dengan nyanyian Selamat Harijadi dari hadirin yang hadir.
Majlis diteruskan dengan upacara yang ditunggu2 iaitu jamuan makan. Antara menunya ialah satay, nasi impit berserta lemang dan rendang, nasi beriani,buah-buahan, mee kari dan assesorinya, cendol dan yang paling laris....2 ekor kambing panggang yang di taja oleh JPS Klang. Tq Jps Klang next time buat lagi bagaimana dengan daerah lain tak teruja kena nak seponser ape2...next time kita buat sambutan rumah terbuka perdana di mana setiap daerah siapkan resepi masing2 dan digabungan dalam satu majlis... dan buat di stadium (ini cadangan sahaja). Majlis di tamatkan lebih kurang jam 11.00 mlm dan mana yang masih ada masing2 pun tapaulah ape lagi....Tanks 2 Ad-hoc comittee yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan majlis ini. dan kakitangan yang membantu......

Thursday, October 15, 2009

RUMAH TERBUKA JPS SELANGOR

Jps Selangor Dengan Kerjasama Kelab Sukan , Kebajikan Dan Sosial akan mengadakan rumah terbuka Aidil fitri. Semua Kakitangan JPS Selangor Negeri Dan Daerah Di Jemput Hadir meraikannya.

Tarikh : 15 Oktober 2009
Masa : Bermula Jam 8.00 Mlm
Tempat : Dewan Banquet Jubli Perak

Semua dijemput hadir bersama keluarga masing-masing.

Friday, October 9, 2009

ANUGERAH

ANUGERAH KUALITI KETUA PENGARAH (AKKP) , ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PROJEK KETUA PENGARAH (AKPP) JPS MALAYSIA 2009 DAN ANUGERAH TEKNOLOGI MAKLUMAT KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA 2009.


Moderator mewakili semua ahli kelab sukan kebajikan dan sosial Jps Selangor ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tuan pengarah, ahli pengurusan dan semua warga kerja di JPS Selangor kerana telah memenangi beberapa anugerah sempena Hari Kualiti Dan Inovasi JPS Malaysia yang telah di adakan di Kuala Trengganu pada 5 hingga 6 Okt. yang lalu.
JPS Selangor telah memenangi tempat pertama bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Ketua Pengarah, tempat kedua bagi Anugerah Teknologi Maklumat Ketua Pengarah dan tempat ketiga Anugerah Kualiti Ketua Pengarah. Di samping itu juga JPS Selangor juga telah memenangi tempat kedua Anugerah inovasi yang telah di sertai oleh bahagian mekanikal.

Tuesday, October 6, 2009

Rumah Terbuka

Ramadhan berlalu shawal menjelma... dan apa lagi rumah terbukapun dimana-mana...
Pelbagai jabatan menjemput untuk menghadiri rumah terbuka mereka ...sehingga tak terpergi rasanya...bukan apa puasa 6 belum beres lagi asyik melayan rumah terbuka aje..
Termasuk juga Jps daerah yg telah dan akan mengadakan rumah terbuka masing2. Hari ini JPS Klang buat rumah terbukanya...esok JPS Petaling pulak...lusa jps mana pulak... tak dapat info...yang pasti ramai tertanya2 JPS Selangor bila pulak...entah tak tahulah nak cakap.. angin2 yg didengar kata minggu depan entahlah wa allahu aklam..yang pasti sesiapa yg belum beres puasa 6 tu..bereskan dulu baru seronok nak berumah terbuka...
Sedang umat islam di Malaysia dan dimana-mana sibuk buat dan pergi rumah berbuka.. saudara seagama kita di Padang Indonesia di beri peringatan oleh allah dengan di beri sedikit bala...
Adakah terfikir oleh kita... mengapa ini terjadi...mungkin sebahagian beranggapan itu adalah takdir. Kita yg mengaku seorang muslim hendaklah merenung dan memikirkan sedalam-dalamnya, kerana banyak peringatan2 yang allah swt telah berikan kepada kita hambanya melalui kitabnya iaitu Al Quran supaya manusia tidak lalai terhadap nikmat yang dikurniakannya didunia ini."sesuatu yg berlaku itu adalah kerana tangan2 manusia itu sendiri"
Sedang kita ketawa sambil menjamah makanan yg enak2, terfikirkan kita bagaimana anak2 kecil yg sedang menangis di Palestine, Di Padang, di ethopia, di selatan thai dan dimana2 saja didunia ini hatta mungkin dinegara kita ini juga ada yg. kelaparan kerana kemiskinan , peperangan dan bencana. Insaflah pada yg tiada...apa sumbangan kita.. sumbanglah atau infaqlah apa yg termampu pada mereka..semoga roh dan semangat ramadhan sentiasa berada bersama2 kita sepanjang tahun. Insallah....